Pada 16 September 2025, saya dijemput menghadiri majlis perasmian Rumah SuperFun Alor Setar yang disempurnakan oleh YBhg Tuan Chan Ming Kai, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis juga diserikan dengan persembahan patriotik sempena sambutan Hari Malaysia.
Rumah ini merupakan sebuah pusat penjagaan untuk warga emas di Alor Setar. Tahniah diucapkan kepada Yayasan Fungates Superflow di atas inisiatif yang baik untuk masyarakat.
Comments
Post a Comment