Pada 13 September 2025, Pertandingan Memancing untuk Klien AADK Daerah Kota Setar telah dianjurkan. Program mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 100 orang klien mengambil bahagian dalam aktiviti riadah ini. Majlis penutupan diadakan di Pekarangan Masjid Al-Makrufi, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah.
Saya menyampaikan hadiah kepada 10 orang pemancing yang berjaya mengail ikan yang paling besar. Aktiviti santai yang memberi ketenangan jiwa seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan.
Comments
Post a Comment