PROGRAM JALINAN KASIH INSPIRASI HIDUP

Program Jalinan Kasih Inspirasi Hidup anjuran bersama Sukarelawan 4x4 Utara, Jawatankuasa Pemulihan Dadah dan AADK Daerah Kota Setar telah diadakan pada 26 hingga 27 September 2025 bertempat di Paksu Campsite, Kampung Bandar, Baling. Lokasi perkhemahan ini terletak di atas bukit yang hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan empat roda.

Program berbentuk motivasi perkhemahan ini bertujuan memupuk jatidiri dari segi fizikal dan kerohanian para peserta. Seramai 20 orang klien AADK berumur bawah 30 tahun telah dipilih menjadi peserta. Mereka juga terlibat dalam aktiviti gotong-royong membina tandas tambahan dan pondok perkhemahan baharu untuk kem ini. Suasana dingin di atas bukit dan tepi sungai sangat sesuai untuk memberi ketenangan kepada mereka.

Kami sangat mengalu-alukan semua pihak sama ada NGO atau organisasi dalam komuniti untuk turut sama membantu proses kepulihan anak-anak muda kita.
































Comments