Pada 12 September 2025, Program Sambutan Maulidur Rasul 1447H telah berlangsung di Masjid Putra Kuala Kedah. Mahsuri Medical Centre (MMC) turut terlibat dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk masyarakat setempat. Selain itu taklimat dan pameran turut diadakan oleh AADK Daerah Kota Setar dan Malaysians Against Pornography (MAP).
Satu program kemasyarakatan yang sangat baik, bukan sahaja dari segi pengisian kerohanian tetapi juga dari segi kesihatan dan pencegahan gejala sosial. Tahniah diucapkan kepada Tuan Imam dan Jawatankuasa Masjid. Terima kasih kerana sudi menjemput MMC dan memberi peluang untuk saya berbakti kepada orang kampung sendiri.
Comments
Post a Comment