Pada 28 hingga 29 Oktober 2025, saya telah menghadiri 1st ASEAN Conference on Shariah Compliant Healthcare bertempat di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.
Persidangan yang julung kalinya diadakan ini adalah dianjurkan oleh Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) menampilkan ramai tokoh akademik antarabangsa dalam bidang shariah dan penjagaan kesihatan. Persidangan kali ini dirasmikan oleh YBhg Prof Emeritus Dato’ Dr Osman Bakar, Rektor UIAM.
Persidangan ini telah sedikit sebanyak membuka mata saya tentang kepentingan membangunkan institusi penjagaan kesihatan yang mesra ibadah dan patuh shariah.








Comments
Post a Comment