HOUSEMAN BERJAYA

Tahniah Dr Reza di atas pembukaan cawangan baharu Klinik Chenang yang ke-5 di Mergong, Alor Setar. Beliau adalah houseman saya di medical department dulu, memang banyak kenangan kerana kami kerap on call bersama. Saya sentiasa layan houseman seperti kawan-kawan yang perlu dilatih kerana tanggungjawab saya adalah untuk menjadikan mereka doktor yang kompeten.

Kenduri hari ini saya berpeluang bertemu ramai houseman saya ketika berkhidmat di Hospital Sultanah Bahiyah dulu. Bangga saya melihat semuanya berjaya dalam bidang masing-masing.

Comments