Pada 14 Oktober 2025, buat julung kalinya, Mahsuri Medical Centre mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Kehadiran kami disambut oleh YBhg Dr Mohd Hisham bin Ahmad Kusairi, Pegawai Kesihatan Daerah Kubang Pasu.
Perbincangan berkisar tentang kerjasama dalam pengurusan kes berkaitan perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak serta usahasama program promosi kesihatan terutamanya dalam memupuk kesedaran pencegahan penyakit tidak berjangkit dan kempen imunisasi. Selain itu, sistem notifikasi penyakit berjangkit antara dua institusi kami juga akan diperkemaskan lagi.
Hasil lawatan dan perbincangan ini adalah sangat positif dalam memperkukuhkan hubungan antara agensi kesihatan kerajaan dan swasta demi kebaikan kesihatan masyarakat Daerah Kubang Pasu.
Comments
Post a Comment