Pada 18 Oktober 2025, saya dijemput menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Tahun 2025.
Selaku Penasihat MYHA Negeri Kedah, saya merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan MYHA Negeri Kedah kerana sebagai tuan rumah telah berjaya menganjurkan program mesyuarat peringkat kebangsaan ini dengan sempurna. Ucapan tahniah juga kepada Saudara Aminnuddin bin Ghazali, Presiden MYHA Kedah kerana telah dipilih menjadi Timbalan Presiden MYHA Kebangsaan.























Comments
Post a Comment