MESYUARAT LEMBAGA PELAWAT PSIKIATRI BIL 10/2025

Pada 22 Oktober 2025, saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri dan mengadakan lawatan bulanan wad psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah. Keadaan wad lebih tenang bulan ini berbanding bulan lepas yang mencatatkan jumlah kes kemasukan pesakitnya yang paling tinggi setakat ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Sultanah Bahiyah kerana telah memasang pendingin hawa untuk ruang kubikel pesakit subacute. Pihak Jabatan Psikiatri juga telah menerima dan mula mengguna pakai mesin baharu untuk rawatan Electroconvulsive Therapy (ECT) yang dipohon tahun lalu. Semua ini diusahakan demi keselesaan pesakit dan menambah baik perkhidmatan rawatan.



Comments