Sambutan Hari Mental Sedunia dan Hari Terbuka Mentari Pendang 2025 telah berlangsung pada 23 Oktober 2025. Program ini dirasmikan oleh Tuan Penolong Pegawai Daerah Pendang.
Sambutan tahun ini adalah bertemakan “Akses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Bencana dan Kecemasan” yang menekankan kepentingan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental apabila berlaku musibah atau kecemasan.
Program ini anjuran bersama Jabatan Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah dan Pejabat Kesihatan Daerah Pendang bertempat di Mentari Pendang yang merupakan sebuah pusat kesihatan mental masyarakat. Turut hadir Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Ketua Perkhidmatan Psikiatri Negeri Kedah, Ketua Jabatan Psikiatri dan Pakar-pakar Psikiatri HSB.


















Comments
Post a Comment