Pada 5 November 2025, saya atas kapasiti sebagai Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar telah mengetuai rombongan yang turut disertai oleh Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah, Pasukan Perlindungan Kanak-kanak, Pasukan Pasukan Kebajikan Kanak-kanak, Skuad AADK dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kota Setar untuk mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Turut hadir bersama adalah Tuan Zakaria bin Mat Saed, Ketua AADK Daerah Kota Setar, Dr Siti Zubaidah binti Ismail, Pakar Psikiatri Komuniti Hospital Sultanah Bahiyah dan Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani, Ketua Unit Pembangunan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar.
Kehadiran kami disambut oleh YDH ACP Siti Nor Salawati binti Saad, Ketua Polis Daerah Kota Setar, bersama YDH Supt. Hilmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, serta Ketua-ketua Bahagian IPD Kota Setar.
Hasrat membawa community based organisation (CBO) ini bersama saya adalah bagi membincangkan dan menyelaraskan gerak kerja bersama dalam menangani isu-isu berkaitan penagihan dadah, permasalahan sosial kanak-kanak dan kebajikan pesakit mental di Daerah Kota Setar. Semoga pertemuan hampir 3 jam ini akan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara IPD Kota Setar dan CBO yang terlibat demi kesejahteraan masyarakat Daerah Kota Setar.



















Comments
Post a Comment