Pada 19 November 2025, kunjungan hormat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah telah diadakan ke atas YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah. Turut bersama dalam dialog adalah YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Kedah dan YDH SAC Datuk Nik Ezanee bin Mohd Faisal, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Ketua-ketua Jabatan IPK Kedah.
Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan indeks jenayah Negeri Kedah, isu penyalahgunaan dadah dan masalah sosial pelajar sekolah. Lebih banyak program kerjasama antara MCPF dan PDRM Kedah akan diatur selepas ini.












Comments
Post a Comment