Lembaga Pelawat Psikiatri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu persidangan kes melibatkan seorang pesakit mental yang sedang menerima rawatan di wad psikiatri. Ini merupakan pesakit yang saya lawati bersama pemimpin komuniti bulan lalu yang tinggal seorang diri dan merayau di kawasan perumahannya. Dengan kerjasama waris dan pihak Polis, beliau telah dibawa untuk kemasukan ke wad untuk rawatan.
Persidangan ini dihadiri oleh adik pesakit, Penolong Amil Zakat, Pakar-pakar psikiatri dan Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri. Tujuan persidangan ini adalah bagi membincangkan dan mendapatkan persetujuan bersama berkenaan penempatan terbaik untuk pesakit selepas beliau discaj dari wad nanti dan bagaimana rawatan dapat diteruskan agar beliau kekal sihat.
Kisah beliau sebelum ini :




Comments
Post a Comment