Pada 12 November 2025, tiba giliran saya untuk bertugas sebagai Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-kanak. Saya bersama pegawai-pegawai akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar menunggu di bilik saksi sebelum bermulanya prosiding kes.
Tiga kes dibicarakan iaitu satu kes kecurian sport rim tayar motosikal dan dua kes pukul. Penama kes kecurian tersebut adalah seorang kanak-kanak berumur 13 tahun telah diperintahkan untuk ditempatkan di institusi iaitu di Sekolah Tunas Bakti (STB) selama 3 tahun manakala kes pukul yang pertama dikenakan perintah bon berkelakuan baik dan satu lagi kes akan disambung perbicaraan dengan kehadiran peguambela.
Tugasan sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-kanak banyak membuka mata saya tentang isu-isu sosial kanak-kanak yang berlaku hari ini.

Comments
Post a Comment