SEMINAR MENANGANI GEJALA DADAH DAN HARI APRESIASI KEPULIHAN 2025

Pada 23 November 2025, buat julung kalinya, Seminar Menangani Gejala Dadah dan Hari Apresiasi Kepulihan Kebangsaan 2025 telah dianjurkan jayanya dengan Kedah sebagai tuan rumah. Program telah dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah bertempat di Hotel Raia, Alor Setar. Turut hadir YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Dalam Negeri dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Program dihadiri lebih 500 orang yang terdiri daripada klien AADK dan ahli keluarga mereka serta pemimpin komuniti dan NGO. Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam salah satu pengisian slot kepada klien dan keluarga yang bertajuk “Harapan Yang Tak Pernah Padam”.

Terima kasih AADK di atas jemputan. Semoga klien-klien akan terus berada dalam kepulihan. Jadilah pejuang kepulihan sepanjang hayat.



























                                          



Comments