TEMUSERU KLIEN WANITA

Pada 26 November 2025, satu program temuseru (outreach) klien wanita yang bakal menamatkan tempoh pengawasan AADK telah diadakan. Lima rumah dilawati di sekitar Kuala Kedah dan Alor Setar. Walau bagaimanapun, satu rumah di Anak Bukit kami tidak kesampaian kerana laluan sudah dinaiki air.

Lawatan diadakan bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Unit Rawatan Pemulihan AADK Daerah Kota Setar. Sedikit sumbangan barangan dapur turut disampaikan sebagai motivasi kerana mereka telah berjaya kekal dalam kepulihan.








Comments