Pada 22 Disember 2025, saya mewakili Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar telah menandatangani dan membuat penyerahan dokumen perjanjian penyewaan Arked MARA Kuala Kedah kepada Puan Naziroh binti Ahmad Hazri, Pegawai MARA Daerah Kota Setar. Turut bersama Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani, Ketua Unit Pembangunan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.
Tujuan penyewaan dua lot Arked MARA ini adalah untuk dijadikan lokasi Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Kota Setar (PAKK) yang baharu. Adalah diharapkan PAKK ini akan menjadi pusat sehenti utama untuk penganjuran pelbagai program kanak-kanak dari kawasan sekitar sebagai satu inisiatif pencegahan gejala sosial. Insya Allah PAKK ini dijangka akan mula beroperasi pada 1 Februari 2026.




Comments
Post a Comment