PROGRAM ORIENTASI KLIEN AADK DISEMBER 2025

Pada 30 Disember 2025, saya telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa dan ahli keluarga dalam Program Orientasi Klien AADK Daerah Kota Setar yang baru melapor diri kali pertama. Ini merupakan program terakhir saya untuk 2025.

Ini adalah peluang terbaik untuk saya bertemu ahli keluarga semua klien baharu bagi menerangkan kepentingan untuk sentiasa menyokong usaha pemulihan anak-anak atau pasangan mereka. Sokongan keluarga amat penting untuk pengekalan kepulihan sepanjang hayat.









Comments