Pada 7 Januari 2026, saya menyertai lawatan pemantauan bersama AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena ke Pusat Rawatan Dadah Mawaddah iaitu sebuah pusat pemulihan dadah persendirian di Pokok Sena. Tujuan lawatan adalah bagi meninjau fasiliti dan program rawatan yang dijalankan serta memastikan kebajikan 104 orang klien di sini sentiasa terjamin.
Turut bersama dalam lawatan ini adalah Unit Psikiatri Ketagihan, Hospital Sultanah Bahiyah yang diketuai oleh Dr Muhammad Arif bin Mohamad Rasat, Pakar Perunding Psikiatri Ketagihan. Klien-klien yang mengidap dual diagnosis dipastikan sentiasa komplian terhadap rawatan dan semua klien secara amnya turut disaring untuk mengenalpasti sebarang simptom gangguan mental.

Comments
Post a Comment