Pada 2 Januari 2026, telah diadakan perbincangan dan lawatan tapak untuk penganjuran Festival Layang-Layang Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Majlis Kebudayaan Negeri Kedah (MKNK). Program ini juga akan melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang akan mengadakan reruai pameran, pertunjukan dan jualan.
Festival ini dijangka diadakan pada awal bulan April 2026 semasa angin timur di Kg Teluk Bagan dan Kg Alor Terung. Pelbagai program lain seperti sukaneka dan pertandingan memancing juga turut dirancang.








Comments
Post a Comment