MAJLIS PELANCARAN WEGOVY

Pada 17 Januari 2026, bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, saya bersama isteri dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran ubat Wegovy (Semaglutide 2.4mg) anjuran Syarikat Farmaseutikal Novo Nordisk. Program ini telah tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai acara yang dihadiri oleh paling ramai ahli profesional kesihatan iaitu lebih 2500 orang doktor.

Wegovy telah terbukti melalui kajian klinikal dapat mengurangkan berat badan sehingga 20% di samping manfaat dari segi pencegahan penyakit kardiovaskular dan buah pinggang. Walau bagaimanapun pengambilan ubat ini harus disertakan dengan amalan gaya hidup sihat bagi pengekalan berat badan ideal untuk jangka masa panjang.

Program ini juga telah menemukan semula saya dengan ramai sahabat sepengajian di Republik Ireland dan rakan-rakan ketika bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah dahulu.

















Comments