Pada 19 Januari 2026, saya telah mempengerusikan mesyuarat Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar yang secara spesifiknya membincangkan pelaksanaan operasi Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Daerah Kota Setar di lokasi baharu.
PAKK baharu ini akan mula beroperasi pada 1 Februari 2026 di Arked MARA Kuala Kedah. Pelbagai program yang bermanfaat telah dibincang dan dirancang untuk penglibatan kanak-kanak komuniti setempat.



Comments
Post a Comment