PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2025

Pada 17 Januari 2026, saya berkesempatan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025. Walaupun tidak menjadi perwakilan untuk tahun ini, saya tetap hadir bagi mendengar perbahasan dan amanat pucuk pimpinan tentang halatuju parti.

Saya telah menjadi perwakilan PAU sejak tahun 1997 lagi iaitu sebagai perwakilan Kelab UMNO Ireland dan setelah pulang ke Malaysia, saya menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah. Kali terakhir saya mewakili kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah adalah pada PAU 2023.

Tidak menjadi perwakilan bukan alasan untuk tidak menghadiri PAU. Ramai saja veteran-veteran UMNO yang berpuluh tahun menjadi ahli yang tidak pernah menjadi perwakilan PAU dan menjejakkan kaki ke dalam Dewan Merdeka.







Comments