Tahniah diucapkan kepada pesakit dialisis di bawah jagaan saya di Pusat Dialisis Al-Hayat yang terpilih sebagai Pesakit Terbaik Tahun 2025.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan:
- Keputusan darah yang konsisten dan baik (dinilai setiap 3 bulan)
- Kepatuhan terhadap rawatan dialisis
- Berdasarkan pencalonan oleh Pakar Nefrologi
Pengiktirafan ini adalah bukti bahawa disiplin, komitmen dan kerjasama antara pesakit serta pasukan perubatan mampu memberi hasil yang sangat baik.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada pesakit-pesakit lain untuk terus menjaga kesihatan dan kualiti hidup.




Comments
Post a Comment