Pada 25 Februari 2026, selesai tugasan di Mahkamah Bagi Kanak-kanak saya terus ke Wad Psikiatri untuk lawatan bulanan dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah.
Salah satu kes yang dirawat di wad adalah seorang pesakit lelaki berumur 30an yang sering keluar masuk wad dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Dia sering mengalami simptom psikosis yang teruk akibat penagihan ganja. Simptom gangguan mentalnya (halusinasi dan delusi) sudah semakin sukar dikawal dengan ubatan dan untuk kali ini dia akan menjalani rawatan electrocolvusive therapy (ECT).
ECT merupakan satu prosedur perubatan yang melibatkan pemberian renjatan arus elektrik yang terkawal ke otak untuk menghasilkan sawan (seizure) atau kekejangan yang singkat. Kaedah ini digunakan untuk merawat penyakit mental yang teruk seperti kemurungan, gangguan bipolar, dan skizofrenia, terutamanya apabila rawatan lain atau ubatan tidak berkesan.
Kesan penagihan ganja kepada kesihatan mental amatlah serius. Siapa kata hisap ganja boleh tenang?

Comments
Post a Comment