KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AADK KEDAH

Pada 26 Februari 2026 bersamaan 8 Ramadan 1447H, saya mewakili Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Md Razif bin Wan, Pengarah AADK Negeri Kedah.

Antara isu yang dibincangkan adalah program rawatan pemulihan untuk kanak-kanak, kerjasama antara agensi untuk kes ibu hamil terlibat dadah dan jaringan intervensi awal pelajar sekolah. Selain itu keahlian JKPD setiap daerah akan diperkasakan dengan penglibatan bekas-bekas klien.

Turut hadir bersama adalah Puan Rajesvari Gonoselan, Penolong Pengarah (Rawatan & Pemulihan) AADK Kedah dan Cikgu Md Radzi bin Yaacob, Timbalan Pengerusi JKPD Kedah.

Pelbagai idea dan visi telah beliau kongsikan bersama kami sebagai inisiatif baharu rawatan pemulihan klien terutamanya menggunakan pendekatan vokasional dan penempatan pekerjaan.

Semoga kerjasama antara AADK dan JKPD Kedah akan lebih mantap lagi selepas ini.












Comments