MAJLIS PERASMIAN UNIT BAHARU PUSAT DIALISIS AL-HAYAT

Pada 7 Februari 2026, majlis perasmian unit bangunan baharu Pusat Dialisis Al-Hayat dan penambahan 6 lagi mesin dialisis telah diadakan. Kenduri kesyukuran dan majlis doa selamat turut diadakan pada masa yang sama.

Alhamdulilah, kini kami mempunyai 12 mesin dialisis yang akan mampu menyediakan perkhidmatan dialisis kepada maksimum 72 orang pesakit dari kawasan sekitar Tunjang. Semoga Pusat Dialisis Al-Hayat terus maju dan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pesakit.










Comments