MESYUARAT KES WANITA DAN KANAK-KANAK TERLIBAT DADAH BIL 1/2026

Pada 11 Februari 2026, saya telah mempengerusikan mesyuarat pengurusan kes wanita dan kanak-kanak yang terlibat dadah bagi Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Dalam mesyuarat ini juga saya telah membentangkan satu inisiatif baharu iaitu JIWA (Jaringan Intervensi Awal Kanak-kanak Berisiko).

Inisiatif ini adalah kerjasama antara Sekolah - JKM - AADK bagi mengenalpasti kanak-kanak yang terlibat dadah dan merujuk mereka untuk menerima intervensi awal iaitu rawatan pemulihan sama ada dalam komuniti atau institusi berdasarkan Seksyen 9 Akta Penagih Dadah 1983 (Pindaan 2024).

Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dan hadir membentangkan 8 kes baharu dalam mesyuarat kali ini. Antara yang hadir adalah Pegawai-pegawai Pemulihan AADK, Pegawai Perpaduan Daerah, Pakar-pakar Perubatan Keluarga dari klinik-klinik kesihatan Daerah, Pelindung Kanak-kanak JKM Kota Setar dan Pokok Sena serta Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Hal Ehwal Murid). Kelapan-lapan kes ini yang dibentangkan adalah kes ibu hamil atau yang baru bersalin yang aktif terlibat dengan dadah.









    


Comments