PROGRAM ANTENATAL TALK MMC SIRI 1/2026

Pada 7 Februari 2026, bertempat di Darulaman Golf Resort, Jitra, saya telah merasmikan Program Antenatal Talk Mahsuri Medical Centre (MMC) yang diadakan untuk bakal-bakal ibu dan ayah yang akan menyambut cahaya mata. Kebanyakan peserta yang hadir merupakan mereka yang bakal menyambut kelahiran sulung.

Pengisian program meliputi ceramah oleh Pakar Obstetrik&Ginekologi, Pakar Kanak-kanak, Pakar Bius dan Pegawai Dietitik serta bengkel penjagaan bayi oleh Jururawat Terlatih. Semoga perjalanan kehamilan para peserta semua akan berjalan lancar dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Ketika majlis perasmian program, saya juga telah melancarkan logo Mahsuri Medical Centre Gemilang 30 iaitu bersempena ulangtahun penubuhan MMC yang ke-30.
















Comments