Genap 32 tahun. Ayahanda saya, Allahyarham Haji Abd Rashid bin Chik telah kembali ke rahmatullah pada 11 Mac 1994 bersamaan 28 Ramadan 1414H dalam satu tragedi yang tidak akan dilupakan. Semoga keadilan akan ditegakkan, jika tidak di dunia, pastinya tetap di akhirat nanti.
Sempena Ramadan yang mulia ini, mohon didoakan semoga rohnya diberi keampunan oleh Allah swt, dicucuri rahmat, diterima amal ibadah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-fatihah.

Comments
Post a Comment