MESYUARAT JKPD DAN MAJLIS BERBUKA PUASA AADK KOTA SETAR

Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar Bil 1/2026 telah diadakan di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah pada 21 Ramadan 1447H bersamaan 11 Mac 2026.

Beberapa program telah dirancang untuk tahun ini, antaranya Inisiatif Jaringan Intervensi Awal Kanak-kanak Berisiko (JIWA), Seminar Bangkit Semula yang akan diadakan untuk 200 klien AADK dari tiga daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang serta lawatan temuseru (outreach) untuk klien yang tidak mematuhi syarat pengawasan. Lawatan temuseru klien yang mempunyai dual diagnosis juga akan diadakan dan akan turut disertai oleh Pakar Psikiatri Ketagihan, Hospital Sultanah Bahiyah.

Selesai mesyuarat, kami berbuka puasa bersama Ketua dan staf AADK Daerah Kota Setar.








Comments