Pada 27 Ramadan 1447H bersamaan 17 Mac 2026 telah diadakan program penyampaian sumbangan baju raya dan duit raya kepada penghuni-penghuni Rumah Kanak-kanak (RKK) Pokok Sena yang di berada bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar.
Selepas itu juga, kami yang terdiri daripada Pasukan Pelindungan Kanak-kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak Daerah Kota Setar dengan kerjasama Charity Clown Club turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kesemua 52 orang kanak-kanak lelaki penghuni di sini. Turut hadir bersama Puan Anies Suzana Azhan binti Ahamad, Pengetua RKK Pokok Sena dan Puan Siti Aisyah binti Abdul Ghani, Ketua Unit Pembangunan Kanak-kanak, JKM Daerah Kota Setar.
Rumah Kanak-Kanak JKM adalah institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 (tempat selamat) Akta Kanak-Kanak 2001. Ia merupakan institusi perlindungan yang menyediakan penjagaan, pendidikan, dan bimbingan untuk kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, terbiar, atau tidak mempunyai penjaga sah.
Agak sayu kami rasakan apabila dimaklumkan kebanyakan kanak-kanak ini yang tiada keluarga terdekat akan beraya di asrama. Mereka adalah kanak-kanak dari seluruh negara yang ditempatkan di RKK ini yang menjadi mangsa penderaan atau pengabaian yang memerlukan perlindungan. Semoga sambutan Aidilfitri mereka tahun ini tetap ceria.
















Comments
Post a Comment