Alhamdulilah syukur semuanya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada pesakit dialisis saya, Puan Rosilawati dan suami, En Khuzairi atas kelahiran bayi lelaki pada 5 Syawal lalu. Bayi seberat 2.0kg ini selamat dilahirkan secara normal (SVD) di Hospital Sultanah Bahiyah pada minggu ke-35 kehamilan. Ini merupakan cahaya mata mereka yang kelima. Suami beliau juga adalah pesakit dialisis saya.
Keempat-empat anak pasangan ini sebelum ini adalah perempuan dan yang sulung sudah berumur 22 tahun dan yang keempat berumur 8 tahun. Kelahiran kelima ini adalah satu rezeki yang tidak dijangka apabila dikurniakan anak lelaki. Bayi bongsu mereka ini masih di NICU dan dijangka akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
Pasangan pesakit dialisis ini walaupun berumur 40an telah membuktikan dengan penjagaan kesihatan yang berdisiplin, rawatan dialisis tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan zuriat. Terima kasih diucapkan kepada unit Nefrologi, Obstetrik dan Paediatrik Hospital Sultanah Bahiyah di atas khidmat kepakaran dan kerjasama dalam memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin.
Kami turut menumpang kegembiraan ini kerana ini adalah bayi pertama yang disambut kelahirannya oleh pesakit kami di Pusat Dialisis Al-Hayat.


Comments
Post a Comment