KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL DAN SUKAN RAKYAT 2026

Pada 11 April 2026, Karnival Permainan Tradisional dan Sukan Rakyat Kebangsaan 2026 telah berlangsung di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Saya turut terlibat sebagai urusetia penganjur karnival ini.

Karnival ini melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari MRSM Taiping, MRSM Parit, MRSM Gerik, MRSM Arau, MRSM Langkawi, MRSM Balik Pulau, SMK Sultanah Asma dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Enam acara dipertandingkan iaitu batu seremban, congkak, galah panjang, tuju tin, sepak bulu ayam dam boling kelapa.

Semoga sukan rakyat tradisi ini akan tetap terus dimainkan oleh generasi muda kita.












































Comments