KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT WARGA EMAS TAMAN MAHSURI

Pada 20 April 2026, sempena Program MyChampion Kempen Gaya Hidup Sihat Warga Emas, buat julung kalinya saya telah dijemput oleh kepimpinan komuniti setempat untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Hidup Berkualiti Pada Usia Emas’. Program yang diadakan di Dewan Taman Mahsuri Fasa 2A, Bandar Darulaman, Jitra ini adalah anjuran bersama KRT Taman Mahsuri dan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Zainon Bakar, Pengerusi KRT yang juga Pengerusi COMBI Taman Mahsuri dan semua Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga. Semoga ceramah ini bermanfaat dan para hadirin akan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
















Comments