KEPUTUSAN SPM 2025

Syukur Alhamdulilah, anak lelaki saya, Zafri Hadi berjaya mendapat keputusan yang cemerlang untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Kami sekeluarga, pada 31 Mac 2026 telah menghadiri majlis pengumuman dan penyerahan keputusan SPM di Dewan Sri Larut, MRSM Taiping.

Sebagai alumni, saya juga berbangga kerana MRSM Taiping berjaya melonjakkan diri sebagai MRSM ke-3 terbaik seluruh Malaysia dengan Gred Purata Maktab (GPM) 1.224 dengan 118 orang mendapat 9A dan 7 orang mendapat 9A+. Tahniah.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mendidik Zafri sepanjang zaman persekolahannya dari SK Taman Uda, Kolej Sultan Abdul Hamid dan MRSM Taiping. Kejayaan beliau ini adalah berkat doa dan usaha para guru yang sentiasa ikhlas mendidik beliau selama ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.











Comments