KLIEN AADK KANAK-KANAK

Pada 28 April 2026, program orientasi klien baharu AADK telah diadakan di Pejabat AADK Daerah Kota Setar. Seramai 30 orang klien hadir melapor diri buat pertama kali di Pejabat AADK Daerah. Klien yang paling tua adalah berumur 69 tahun yang dijatuhi perintah menjalani rawatan pemulihan dalam komuniti kerana menyalahguna ketum. Ada 4 orang semuanya pengguna ketum yang hadir dan salah seorang baru dibebaskan dari Puspen. Penyalahgunaan ketum telah disenaraikan sebagai salah satu kesalahan di bawah Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan)1983 (pindaan 2024).

Klien yang paling muda adalah berumur 16 tahun. Dia baru dibebaskan dari Puspen Karangan selepas menjalani rawatan pemulihan di sana selama 14 bulan. Katanya dia tidak lagi berminat untuk kembali ke sekolah bagi mengambil peperiksaan SPM tetapi berminat untuk menyambung pembelajaran dalam bidang kemahiran automotif. Insya Allah, Pegawai Pemulihan AADK akan berbincang dengan Pusat Giat MARA berhampiran untuk kemasukan segera.

Saya juga bertemu ibu bapa dan waris klien yang hadir bagi memohon mereka untuk terus memberi sokongan kepada ahli keluarga kesayangan mereka demi kepulihan daripada penagihan.










Comments