Pada 22 April 2026, satu lawatan ke rumah klien-klien AADK Daerah Kota Setar yang mengidap dual diagnosis oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Kota Setar bersama Unit Psikiatri Ketagihan Hospital Sultanah Bahiyah. Lawatan ini turut disertai Dr Muhammad Arif bin Muhamad Rasat, Pakar Psikiatri Ketagihan dan staf-staf Unit Rawatan & Pemulihan AADK Daerah Kota Setar.
Dual Diagnosis merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu mengalami masalah kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah pada masa yang sama. Penyakit mental yang serius seperti skizofrenia, gangguan bipolar, atau kemurungan sering ditemui bersama penyalahgunaan dadah, yang boleh memburukkan lagi kesihatan mental pesakit.
Tujuan utama lawatan adalah untuk membuat penilaian ke atas klien-klien ini yang kebanyakannya mempunyai simptom gangguan mental yang serius dan didapati sukar mengikuti program rawatan pemulihan dalam komuniti yang dijalankan oleh AADK. Mereka seterusnya diberi temujanji di klinik psikiatri untuk rawatan lanjut.








Comments
Post a Comment