MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SPM 2025

 Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2025 MRSM Taiping berlangsung pada 25 April 2026. Tahniah diucapkan kepada MRSM Taiping di atas peningkatan prestasi Gred Purata Maktab (GMP) iaitu 1.174 berbanding tahun lalu dan menjadi Top 3 MRSM terbaik seluruh Malaysia. Hari ini juga seramai 175 pelajar cemerlang diraikan dengan 133 pelajar mendapat 9A dan 42 pelajar mendapat 8A. Satu rekod juga dicatatkan pada tahun ini dengan 11 orang pelajar meraih 9A+.

Ini juga majlis terakhir anak saya Zafri Hadi di sini. Semoga kenangan belajar di sini akan menjadi memori indah sepanjang hayat. Tahniah kerana sudah bergelar Alumni MRSM Taiping seperti saya.








Comments