Terima kasih Ustaz Anas bin Mokhtar dan isteri kerana memilih Mahsuri Medical Centre (MMC). Kelahiran ini merupakan cahaya mata yang ketujuh dan empat daripadanya telah dilahirkan di MMC.
Ustaz Anas merupakan Johan Mualim Muda Musim Pertama. Mualim Muda merupakan program realiti televisyen berunsurkan dakwah terbitan Astro yang mengangkat bakat pendakwah muda di Malaysia.
Saya menyampaikan cendera hati dan kad kesetiaan MMC kepada pasangan ini tanda penghargaan atas kesetiaan mereka kepada jenama MMC. Tahniah di atas kelahiran cahaya mata ini, semoga menjadi anak yang solehah.


Comments
Post a Comment