Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan berlangsung pada 10 Mei 2026 nanti. Dengan itu, saya menawarkan diri sebagai calon Exco MCPF Pusat dalam pemilihan yang bakal diadakan. Ini adalah satu peluang untuk saya memberi khidmat di peringkat kebangsaan melalui pengalaman dan kepakaran yang ada.
Pengalaman sebagai aktivis dan pemimpin CBO (Community Based Organisation) di peringkat daerah dan negeri dalam bidang pencegahan jenayah terutamanya yang berkaitan penyalahgunaan dadah dapat dijadikan azimat untuk saya memberi sumbangan di peringkat nasional pula.
Mohon doakan saya terpilih di kalangan 17 orang calon yang mendapat undi tertinggi dan berkhidmat sebagai Exco MCPF untuk sesi 2026-2029.

Comments
Post a Comment