HARI UMNO KE-80

Sempena ulang tahun penubuhan UMNO yang ke-80 pada 11 Mei 2026, maka genaplah 30 tahun saya bersama parti keramat ini. Inilah kronologi perjuangan saya sepanjang 30 tahun bersama UMNO :

1996 Ahli UMNO
1996-1998 AJK Kelab UMNO Ireland
1998-1999 Setiausaha Kelab UMNO Ireland
1999-2001 Pengerusi Kelab UMNO Ireland
2003-2008 Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Kampung Komplek
2008-2013 Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Komplek
2008-2013 AJK UMNO Bahagian Kuala Kedah
2013 Calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Kedah PRU13
2013- kini Ketua UMNO Cawangan Kampung Komplek
2018-2022 Timbalan Ketua UMNO Bahagian UMNO Kuala Kedah
2022-2023 Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah

Tujuan saya menyertai politik bukanlah demi ‘mencari makan’ atau mengejar jawatan tetapi adalah atas prinsip jiwa yang mahu berkhidmat dan menabur jasa. Saya adalah generasi yang menerima banyak manfaat daripada kejayaan pelaksanaan dasar-dasar perjuangan UMNO. 

Terima kasih UMNO kerana telah banyak berjasa kepada saya dan memberi platform untuk saya berkhidmat. Seperti yang telah sentiasa saya buktikan, saya rela berkorban apa saja apabila diberi ruang dan peluang untuk berkhidmat. Saya juga rela berundur diri sekiranya khidmat tidak diperlukan lagi. Inilah yang dinamakan perjuangan, tiada siapa yang lebih besar daripada parti.

Jalan-jalan ke pinggir empang
Melihat ikan melompat-lompat
Disuruh datang saya datang
Disuruh pergi saya berangkat

Gagah berdiri di tengah laman
Pohon beringin rimbun bertalu
Lapan puluh tahun teguh berzaman
Membela bangsa sejak dahulu

Terbang tinggi burung merpati
Hinggap sebentar di pohon sena
Lapan dekad mencurah bakti
UMNO tetap wadah berguna

Beli permata di kedai emas
Indah bersinar di hari raya
Tahun berganti kesetiaan tak lepas
Lapan puluh tahun tetap setia

Selamat Hari UMNO Ke-80






Comments