KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

Pada 19 Mei 2026, saya kembali ke sekolah lama saya iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid untuk berbakti. Saya bersama Unit Pembangunan Kanak-kanak, JKM Daerah Kota Setar mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Rosli bin Endut, Pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Tujuan utama kunjungan ini adalah bagi membincangkan penganjuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak untuk pelajar-pelajar KSAH pada bulan hadapan. Program ini akan memberi kesedaran tentang isu-isu semasa kanak-kanak berkaitan jenayah seksual, kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah dan bahan.

KSAH adalah destinasi pertama program ini tahun ini yang merupakan anjuran bersama Pasukan Pelindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar yang saya pengerusikan.






Comments