Mesyuarat Lembaga Pelawat Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah Bil 5/2026 telah diadakan pada 20 Mei 2026.
Mesyuarat yang saya pengerusikan kali ini turut membincangkan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang dirawat akibat ketagihan dadah jenis methamphetamine. Hasil temuduga dengannya, kami dapati dia sudah terlibat dengan dadah sejak berumur 12 tahun dan bapanya juga merupakan klien AADK. Pesakit kanak-kanak ini akan dihantar untuk menjalani rawatan pemulihan di Puspen Karangan dengan kerjasama AADK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu.
.jpg)
.jpg)


Comments
Post a Comment