PROGRAM CSR KOMUNITI SEMPADAN BUKIT KAYU HITAM

Program CSR Komuniti Sempadan telah diadakan pada 3 Mei 2026 bertempat di Dewan Komuniti Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam. Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Kedah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Program Jaringan Siswazah Nusantara (JSN). Program dirasmikan oleh YBhg Dato’ Dr Zulkifly bin Mohamad, Pengerusi MCPF Kedah.

Antara pengisian program adalah taklimat keselamatan oleh agensi-agensi jemputan iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), PDRM, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Selain itu, turut diadakan majlis penyampaian bantuan keperluan asas kepada komuniti setempat, penyerahan sumbangan helmet keselamatan kanak-kanak dan lawatan rumah ahli komuniti yang tidak sihat. Program diakhiri dengan kenduri rakyat yang menyajikan menu dua ekor kambing.

























Comments