Pada 22 Mei 2026, saya memenuhi jemputan sebagai mantan Exco Majlis Belia Negeri Kedah untuk menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 yang disempurnakan oleh YB Dr Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan.
Program diadakan di Star Walk Alor Setar melibatkan pengisian pelbagai program dan reruai menarik untuk para pengunjung golongan belia. Saya sempat singgah di reruai AADK Kedah untuk bersama Pengarah AADK Kedah ketika dilawati oleh YB Menteri.
Tahniah diucapkan kepada sahabat saya Aminnuddin bin Ghazali kerana terpilih memenangi Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah. Kami semua tumpang berbangga. Saya pernah memenangi anugerah ini 10 tahun lalu.















Comments
Post a Comment