TIADA LAGI PAK HANAPIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa pada 9 Mei 2026, Haji Hanapiah bin Haron, mantan Ketua UMNO Cawangan Simpang 3 Padang Hang telah kembali ke rahmatullah. Beliau yang juga merupakan ayahanda kepada Saudara Zubir, Ketua UMNO Cawangan sekarang, meninggal dunia pada umur 85 tahun.

Saya baru berjumpa Allahyarham bulan lepas apabila beliau dibawa untuk Xray kaki di klinik. Walaupun beliau sudah tidak mengenali saya kerana dementia, itu tidak penting. Yang penting adalah saya sentiasa ingat akan jasa-jasa beliau kepada UMNO dan masyarakat Padang Hang.

Salam takziah untuk Saudara Zubir dan keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.



Comments