Pada 23 Mei 2026, saya berkesempatan menghadiri majlis walimatulurus anakanda sahabat baik saya Puan Zuraini binti Kamal.
Saya mengenali beliau sudah lebih 20 tahun iaitu sejak beliau menerajui Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah lagi. Sekarang beliau adalah Pengerusi Cancer Survivor Malaysia (CSM) dan merupakan seorang aktivis yang sangat komited membantu pesakit-pesakit kanser di seluruh Malaysia. Tahniah diucapkan atas penerimaan ahli keluarga yang baharu.

Comments
Post a Comment