Program bubur Asyura AADK Daerah Kota Setar telah diadakan pada 27 Jun 2026 di Masjid Kampung Berjaya, Alor Setar. Sempena program ini, saya dijemput selaku Ikon Antidadah Daerah Kota Setar untuk menyampaikan pengisian dalam slot bicara santai bersama komuniti setempat.
Saya banyak menekankan konsep pemberdaya upayaan komuniti yang menuntut setiap ahli komuniti memainkan peranan dalam usaha pencegahan dadah dalam masyarakat dan membantu usaha pemulihan anak-anak kariah yang sudah terlibat dadah.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Yahya bin Marzuki, Imam Masjid Kampung Berjaya dan Dato’ Haji Abdul Kadir bin Mohamad, Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Berjaya atas kejayaan kerjasama program kemasyarakatan ini.















Comments
Post a Comment