Pada 3 Jun 2026, saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah Bil 1/2026. Turut hadir bersama adalah Tuan Md Razif bin Wan, Pengarah AADK Negeri Kedah.
Banyak isu telah dibincangkan dan pelbagai aktiviti diatur yang akan dianjurkan oleh JKPD di setiap daerah bagi membantu program rawatan pemulihan klien AADK dalam komuniti. Kami berhasrat akan menggiatkan lagi gerak kerja terutamanya membantu klien-klien bawah umur untuk kembali ke pangkal jalan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah dan AADK Negeri yang sentiasa menyokong kuat segala inisiatif kami. Terima kasih juga kepada semua pengerusi JKPD daerah yang hadir kerana sentiasa komited dan konsisten terhadap perjuangan membanteras dadah. Anda semua adalah sukarelawan yang hebat!












Comments
Post a Comment